TABIKA
PENGENALAN
Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah.
OBJEKTIF
Konsep
Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis)
- Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal dan intelek kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
- Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki alam persekolahan
- Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.
- Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu
Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.
PENGURUSAN
Penubuhan Dan Pengurusan
Penubuhan dan pengurusan TABIKA ialah melalui tanggungjawab dan kerjasama erat antara KEMAS dan masyarakat.
Penubuhan TABIKA
Penubuhan TABIKA berasaskan 3K iaitu ‘Kehendak, Keperluan dan Keupayaan’ masyarakat.
- Masyarakat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK), persatuan atau pertubuhan, memohon penubuhan TABIKA daripada Pejabat KEMAS Kawasan melalui pengisian borang khas.
- Pihak KEMAS Kawasan akan melawat atau membuat tinjauan ke tempat tersebut bagi memastikan permohonan memenuhi kriteria berikut :
· Lokasi bersesuaian.
· Bangunan selamat, mempunyai ruang dalam untuk kelas dan ruang luar untuk bermain, dapur, tandas, stor dan kemudahan air dan elektrik.
· Senarai bancian kanak-kanak 4 hingga 6 tahun tidak kurang daripada 25 orang.
· Mempunyai peralatan dan perabot bersesuaian.
· Telah mempunyai Jawatankuasa Penaja.
atau
· KEMAS akan memulakan inisiatif
· KEMAS mengenal pasti tanah tapak bersesuaian dan strategik milik Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat atau untuk dibeli dengan bantuan daripada masyarakat.
· Mendapat kelulusan dan membina bangunan TABIKA
· Membekalkan peralatan dan perabot
Setelah mendapat kelulusan penubuhan TABIKA daripada KEMAS, Jawatankuasa Penaja akan:
- Mengadakan majlis penerangan
- Menubuhkan Jawatankuasa TABIKA
Pengurusan TABIKA
Ahli Jawatankuasa (AJK) TABIKA
TABIKA KEMAS adalah di bawah pengurusan ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik oleh masyrakat. Tugas dan tanggungjawabnya ialah:
- Menguruskan TABIKA dari aspek pelaksanaan dan kewangan
- Membuat pemantauan ke atas pelaksanaan TABIKA
- Keindahan, kebersihan dan keselamatan TABIKA
- Aktiviti Kokurikulum
- Aktiviti penglibatan masyarakat
Pendekatan Pengajaran Dan Pemelajaran
Pelbagai pendekatan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menggembirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :
- Belajar Melalui Bermain-Penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pendekatan Bertema-Satu topik dipilih bersesuaian dengan kehidupan, masa, tempat dan minat kanak-kanak.
- Pendekatan Bersepadu-Aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan.
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi-Membantu kanak-kanak memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan dan rakan serta memperkayakan pengalaman pembelajaran.
Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terancang :
- Aktiviti Kelas - Seluruh kelas menjalankan aktiviti secara serentak contohnya bercerita, menyanyi, bersoal jawab.
- Aktiviti Kumpulan-Kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang sama atau berbeza-beza dalam kumpulan kecil. Contohnya ialah projek, aktviti memasak dan membuat percubaan.
Aktiviti Individu-Kanak-kanak berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Contohnya bermain di Pusat Pembelajaran
AKTIVITI
Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS selepas waktu kelas (selepas pukul 11.30 pagi) ialah :
Mingguan
- Sekurang-kurangnya dua (2) hari seminggu selepas waktu kelas.
- Satu (1) jam bagi setiap sesi iaitu 11.30 pagi-12.30 tengahari.
- Aktiviti yang dilaksanakan ialah kelas Farhu Ain, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Muzik, Pergerakan Tubuh seperti Seni Silat dan lain-lain yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.
Tahunan
- Pertandingan Potensi
Hari Sukan/Sukaneka












